Assalamualaikum sahabat2 sekalian.
Ok. Utk entry kali ni, saya sambung pulak kenapa setiap org
wajib ada perlindungan takaful. Kita semua mesti pernah dengar peribahasa,
“malang tidak berbau”. Yes! Memang betul. Kalau malang tu ada bau, tentu kita
boleh elak sebarang kemalangan terutama kemalangan di jalan raya. TAPI
sayangnya memang malang tu kita tak boleh bau. Hehe. Betul tak? Sekarang cuba
bayangkan satu hari anda dan keluarga merancang utk pergi melancong. Dengan
menaiki kereta. Contohnya anda dari Kuala Lumpur. Nak bercuti di Penang. Lagi
meriah pergi bercuti dengan kereta kan? Tengah berseronok dalam kereta menuju
ke Penang, anda nampak ada sebuah kereta kat depan anda hilang kawalan dan
terbabas. Anda tak sempat nak elak, dan buuummmmmm!! Anda terlanggar kereta tu.
Nasib tak menyebelahi anda, anda cedera parah. Kaki anda patah dan tangan anda
terputus sebab tersepit. Ngeri bukan? Tentu kita tak dapat bayangkan sekarang.
Tapi semua ni tak mustahil berlaku suatu hari nanti. Kita tentunya akan berdoa
dijauhkan malapetaka ni TAPI macam saya cakap, malang itu tidak berbau. Kalau
ALLAH nak uji kita, macam2 cara boleh terjadi walau kita berhati2.
Gambar ehsan daripada Encik Google.
Kita sambung lagi. Ahli keluarga anda selamat. Anda yg
memandu je yg cedera parah. Anda dikejarkan ke hospital. Kaki anda patah,
tangan pula terputus. Doctor cuba sedaya upaya utk selamatkan anda. Dengan
kuasa ALLAH, anda dapat diselamatkan walaupun tangan putus dan kaki patah. Nak
sembuh sepenuhnya memang ambil masa yg lama. So, anda tak boleh bekerja dan
terpaksa berehat di rumah. Bayangkan kalau majikan anda terpaksa memecat anda.
Atas alasan anda sudah cacat. Ya. Anda sudah CACAT. Sebab anda kehilangan
anggota badan. Mahu ke syarikat tempat anda bekerja mahukan org yg sudah hilang
upaya macam anda? Saya bukan menghina org kelainan upaya ni, TAPI ini adalah
kenyataan. Bila terjadinya situasi ini, apa harus anda lakukan? Kat mana lagi
anda nak bergantung harap? Belas ehsan org ramai? Macam entry saya sebelum ni,
ada ke org nak bantu anda ketika susah? Boleh bilang dgn jari je. Tu nasib baik
boleh bilang lagi. Kalau dah tak boleh bilang, macam mana? Apa anak2 dan isteri
anda nak makan kalau punca pencarian sudah hilang? Pernahkah anda fikir perkara
ni akan berlaku??
Inilah kelebihannya jika anda memiliki perlindungan takaful.
Jika anda terlibat dgn sebarang kemalangan dan menyebabkan anda kehilangan
anggota badan, macam situasi di atas, anda kehilangan tangan (putus), pihak
PruBSN akan memberi pampasan kepada anda. Kalau anda memiliki medical card,
segala kos perubatan anda akan ditanggung dan tambah pulak anda akan menerima
wang pampasan daripada pihak kami. Sebagai contoh, anda memerlukan RM20,000 utk
kos pembedahan. Kos itu akan dibayar oleh PruBSN. Kemudian, anda akan diberi
RM100,000 wang pampasan. Saya selalu cakap kat client saya, jika anda dapat
wang pampasan ni, gunalah dgn sebaiknya. Contohnya, wang ni boleh dijadikan
sebagai modal utk anda berniaga. Mudah cerita, walaupun anda sudah diiktiraf
sebagai orang kelainan upaya (OKU), anda masih mampu memberi nafkah kepada
insan tersayang. Bukan tu je, anda juga akan diberi simpanan secara percuma
setiap bulan.
InsyaALLAH, pihak PruBSN akan meringankan beban anda di kala
anda ditimpa musibah. Cuma yg penting, buat masa sekarang, kami perlukan
kesedaran daripada anda utk bersedia sebelum terlambat. Anda takkan rugi kalau
memiliki perlindungan takaful sebab kita tak tahu apa yg bakal terjadi di masa
hadapan kerana malang itu tidak berbau. So, kesimpulannya, cepat2 hubungi saya
utk memiliki perlindungan takaful yg terbaik drpd PruBSN. Sayangilah insan
tersayang. Jangan susahkan mereka di saat kita diuji oleh Yang Maha Esa. Nanti saya
akan sambung PART III pulak ye. Terima kasih. Wassalam.
Statistik kemalangan jalan raya di Malaysia.
No comments:
Post a Comment