Tuesday, November 26, 2013

Apa itu Takaful? PART I

Assalamualaikum sahabat2 sekalian.

Dah dua entry saya membebel kenapa kita wajib ada takaful. TAPI anda faham tak apa yg saya cuba sampaikan? Ok. Kalau tak faham apa itu takaful, meh saya cerita lagi ye. Hihi.

Mula2 masa saya baru join dalam industri takaful ni, saya agak ragu2. Yes. Betul. Sebab apa? Dulu kalau agent insurans ni call saya, saya rasa menyemak je. Menyampah je. Sebab saya rasa insurans ni menipu. Nak untung je lebih. TAPI bila saya betul mendalami tentang industri ni, baru saya sedar betapa pentingnya setiap daripada kita amat2 memerlukan takaful. Mula2 dulu, leader saya ade tanya satu soalan. Antara 3 bangsa majoriti di Malaysia ni (melayu, cina, india), bangsa mana yg paling ramai memiliki insurans? Cepat2 je saya jawab. 1st, cina. 2nd, melayu. 3rd, india. Guess what??? Saya salah 100%!! Kalau sahabat2 nak tau, bangsa yg paling ramai memiliki insurans ni adalah india. Yg kedua pulak adalah cina. Melayu? Paling SEDIKIT. Sedih bukan? Sebab apa bangsa india paling ramai? Sebab mereka ada kesedaran betapa pentingnya insurans ni. Org Melayu pulak? Hmmm. Bukan nak cakap la, bukan nak mengata bangsa sendiri, TAPI ramai yg masih tak nak ambil insurans atau takaful sebab tak ada kesedaran lagi. Semua nak buat sambil lewa.

Meh saya nak share satu pengalaman saya jumpa seorang prospect ni. Bangsa Melayu. Agak berusia. Status duda anak seorang. Dia memang tak berminat nak ambil takaful ni. Saya cuba bagi kesedaran tapi dia memang tak kisah langsung. Ok. Tak apa. Saya cuba buat dia ambil utk anak dia. Nak tahu apa dia jawab? Macam ni ye dia jawab.

"alah buat apa saya ambil takaful utk anak saya? Nanti esok2 saya mati, seronok la dia. Dapat semua wang pampasan. Nak hidup senang je. Nak kaya, berusaha la. Tak nak saya senang2 bagi duit saya kat dia. Saya hidup susah payah. Tengok2 bila saya mati, dia hidup senang pulak." 

Ya Allah. Sampai macam tu sekali dia jawab. Saya tak sangka ada jugak org fikir mcm ni. Bukan org lain pun yg akan senang nanti. Anak dia jugak. Darah daging sendiri. Tapi tak apa lah. Dia tetap berkeras tak nak ambil takaful utk anak dia. Apa yg boleh saya buat? Takkan saya nak paksa2 pulak kan? Sekurang2nya saya sudah jalankan tanggungjawab saya utk beri kesedaran pada dia. Segala keputusan terpulang pada dia. Sedih. Sangat sedih.

Pernah ada org tanya saya. Apa sebenarnya takaful ni? Best sgt ke ada takaful? Mula2 dulu saya garu kepala jugak nak jawab. Sebab budak baru belajar kan. Hehe. Tapi saya cuba jawab ye. Saya buat dalam bentuk dialog ye. Macam best je. Macam syok je. Hihi.

Q : Apa sebenarnya takaful ni? 

A : Takaful ni sebenarnya ibaratkan 'sebuah perlindungan'.

Q : Perlindungan yg macam mana pulak ni?

A : Amboi. Belum habis mukadimah ni dah ada yg mencelah. Sabar2. Saya terangkan satu2 ye. Takaful adalah sebuah perlindungan yg akan menjaga kewangan setiap org daripada sebarang kemalangan atau kesihatan as long as mereka membayar a fix amount every month. Senang cerita, kalau sahabat2 semua ditimpa kemalangan atau memerlukan rawatan berkaitan kesihatan, sahabat2 tak perlu risau tentang wang lagi. Segalanya akan ditanggung oleh syarikat takaful. TETAPI setiap org akan mendapat perlindungan yg berbeza. Berdasarkan beberapa faktor. Faktor yg pertama adalah UMUR, PEKERJAAN, TAHAP KESIHATAN, GAYA HIDUP DAN APA FAEDAH2 YG SAHABAT2 INGINKAN BERDASARKAN BUDGET MASING2. 

Q : Ohhh. Kiranya setiap org berlainan la ye perlindungannya. Sebagai contoh, kalau pekerjaan tu berisiko, makin mahal la ye?

A : Haaa.. pandai pun. Hehe. Memang betul. Makin berisiko sesuatu pekerjaan tu, makin mahal la caruman bulanannya. Sebab apa macam tu? Ok. Sebagai contoh, engineer yg keje kat plantar minyak nuhhh, bukan ke tinggi risikonya? Kalau jadi apa2 kat dia, tentu memerlukan kos yg tinggi. Sebab itu lah caruman bulanannya agak mahal utk menampung segala kos jika berlaku kemalangan. 

Q : Hmmm. Betul tu. Saya setuju. Ok. Macam mana pula kalau yang berpenyakit? Masih boleh memohon takaful ke?

A : Harap maaf. Bagi sesiapa yg sudah disahkan menghidap salah satu 36 jenis penyakit kritikal, memang permohonannya akan gagal. 

Q : Ehhh. Kenapa pula?

A : Sebab itu saya selalu TEGASkan. Sediakan perlindungan takaful sewaktu kita masih sihat. Bila dah sakit, tiada satu pun syarikat takaful atau insurans akan luluskan permohonan. Itu memang syarat setiap company. Sebabnya org tersebut dah disahkan ada penyakit sebelum ada takaful. TAPI kalau dia disahkan ada penyakit walau selepas sehari permohonannya diluluskan, dia akan mendapat faedahnya iaitu segala bil hospital akan ditanggung oleh syarikat takaful. So, sediakan takaful sebelum disahkan ada penyakit kritikal.

Q : Ooo. Jadi kalau dia dah ada takaful, tak perlu bayar bil hospital dah la ye?

A : Yes. Betul. Tapi dgn syarat, plan takaful dia tu ada disertakan bersama medical card. So, dengan adanya medical card, tak perlu risau lagi kos perubatan. Segalanya akan ditanggung. Ohya, sekarang PruBSN ada melancarkan medical card baru. Yg paling best, ada full coverage sehingga RM 4 JUTA! 

Q : 4 JUTA? Biar betul? Tipulah. Mustahil. Takkan PruBSN kaya sgt dan baik hati gilerrr nak tanggung semua org smpai 4 JUTA?

A : Haaa. Tak percaya ke? Tolong lah percaya. Ini kenyataan. Hihi. Saya tak tipu. Sebab apa PruBSN boleh buat medical card sebanyak ini? Kami cuba menyediakan pakej terbaik utk pelanggan2 kami utk mendapat rawatan yg amat selesa. Malah kami menyediakan hospital swasta yg mempunyai suite room. Bukan itu je, pelbagai kemudahan juga disediakan sepanjang pelanggan mendapat rawatan di sana.

Q : Suite room? Macam duduk hotel la pulak. Menarik tu. Ok. Medical card ni boleh digunakan kat klinik tak? Jadi out patient ke!

A : No. Tak boleh. Medical card ini hanya boleh digunakan utk warded sahaja. Selain daripada tu, memang tak boleh guna. TAPI medical card ni ada cooling period yg bermaksud tempoh menunggu selama 90 hari dari tarikh permohonan anda diluluskan. 

Q : Lamanyaaaa 90 hari. Kenapa? Tak boleh guna ke kalau tak sampai 90 hari? Kalau tiba2 kemalangan atau sakit yg perlu warded?

A : Boleh, sekiranya anda ingin menggunakannya sebelum tamat tempoh menunggu ni, TAPI anda perlu dahulukan wang anda duit. Contohnya, kos rawatan anda sebanyak RM3000. So, anda perlu jelaskan dahulu bil ni dan kemudian baru lah anda boleh claim. Maknanya, anda terpaksa bersusah payah dulu keluarkan duit. Tapi jangan risau, anda takkan rugi sebab duit anda akan digantikan semula. 

Q : Fuuuhh. Lega saya. Ingat rugi la saya. Ada medical card, tapi tetap kena bayar bil hospital. Hehe.


Ok ok ok. Dah panjang sesi soal jawab ni. Nanti kita sambung pulak ye kat entry seterusnya. Terima kasih. Wassalam.

No comments:

Post a Comment