Tuesday, November 26, 2013

Apa itu Takaful? PART I

Assalamualaikum sahabat2 sekalian.

Dah dua entry saya membebel kenapa kita wajib ada takaful. TAPI anda faham tak apa yg saya cuba sampaikan? Ok. Kalau tak faham apa itu takaful, meh saya cerita lagi ye. Hihi.

Mula2 masa saya baru join dalam industri takaful ni, saya agak ragu2. Yes. Betul. Sebab apa? Dulu kalau agent insurans ni call saya, saya rasa menyemak je. Menyampah je. Sebab saya rasa insurans ni menipu. Nak untung je lebih. TAPI bila saya betul mendalami tentang industri ni, baru saya sedar betapa pentingnya setiap daripada kita amat2 memerlukan takaful. Mula2 dulu, leader saya ade tanya satu soalan. Antara 3 bangsa majoriti di Malaysia ni (melayu, cina, india), bangsa mana yg paling ramai memiliki insurans? Cepat2 je saya jawab. 1st, cina. 2nd, melayu. 3rd, india. Guess what??? Saya salah 100%!! Kalau sahabat2 nak tau, bangsa yg paling ramai memiliki insurans ni adalah india. Yg kedua pulak adalah cina. Melayu? Paling SEDIKIT. Sedih bukan? Sebab apa bangsa india paling ramai? Sebab mereka ada kesedaran betapa pentingnya insurans ni. Org Melayu pulak? Hmmm. Bukan nak cakap la, bukan nak mengata bangsa sendiri, TAPI ramai yg masih tak nak ambil insurans atau takaful sebab tak ada kesedaran lagi. Semua nak buat sambil lewa.

Meh saya nak share satu pengalaman saya jumpa seorang prospect ni. Bangsa Melayu. Agak berusia. Status duda anak seorang. Dia memang tak berminat nak ambil takaful ni. Saya cuba bagi kesedaran tapi dia memang tak kisah langsung. Ok. Tak apa. Saya cuba buat dia ambil utk anak dia. Nak tahu apa dia jawab? Macam ni ye dia jawab.

"alah buat apa saya ambil takaful utk anak saya? Nanti esok2 saya mati, seronok la dia. Dapat semua wang pampasan. Nak hidup senang je. Nak kaya, berusaha la. Tak nak saya senang2 bagi duit saya kat dia. Saya hidup susah payah. Tengok2 bila saya mati, dia hidup senang pulak." 

Ya Allah. Sampai macam tu sekali dia jawab. Saya tak sangka ada jugak org fikir mcm ni. Bukan org lain pun yg akan senang nanti. Anak dia jugak. Darah daging sendiri. Tapi tak apa lah. Dia tetap berkeras tak nak ambil takaful utk anak dia. Apa yg boleh saya buat? Takkan saya nak paksa2 pulak kan? Sekurang2nya saya sudah jalankan tanggungjawab saya utk beri kesedaran pada dia. Segala keputusan terpulang pada dia. Sedih. Sangat sedih.

Pernah ada org tanya saya. Apa sebenarnya takaful ni? Best sgt ke ada takaful? Mula2 dulu saya garu kepala jugak nak jawab. Sebab budak baru belajar kan. Hehe. Tapi saya cuba jawab ye. Saya buat dalam bentuk dialog ye. Macam best je. Macam syok je. Hihi.

Q : Apa sebenarnya takaful ni? 

A : Takaful ni sebenarnya ibaratkan 'sebuah perlindungan'.

Q : Perlindungan yg macam mana pulak ni?

A : Amboi. Belum habis mukadimah ni dah ada yg mencelah. Sabar2. Saya terangkan satu2 ye. Takaful adalah sebuah perlindungan yg akan menjaga kewangan setiap org daripada sebarang kemalangan atau kesihatan as long as mereka membayar a fix amount every month. Senang cerita, kalau sahabat2 semua ditimpa kemalangan atau memerlukan rawatan berkaitan kesihatan, sahabat2 tak perlu risau tentang wang lagi. Segalanya akan ditanggung oleh syarikat takaful. TETAPI setiap org akan mendapat perlindungan yg berbeza. Berdasarkan beberapa faktor. Faktor yg pertama adalah UMUR, PEKERJAAN, TAHAP KESIHATAN, GAYA HIDUP DAN APA FAEDAH2 YG SAHABAT2 INGINKAN BERDASARKAN BUDGET MASING2. 

Q : Ohhh. Kiranya setiap org berlainan la ye perlindungannya. Sebagai contoh, kalau pekerjaan tu berisiko, makin mahal la ye?

A : Haaa.. pandai pun. Hehe. Memang betul. Makin berisiko sesuatu pekerjaan tu, makin mahal la caruman bulanannya. Sebab apa macam tu? Ok. Sebagai contoh, engineer yg keje kat plantar minyak nuhhh, bukan ke tinggi risikonya? Kalau jadi apa2 kat dia, tentu memerlukan kos yg tinggi. Sebab itu lah caruman bulanannya agak mahal utk menampung segala kos jika berlaku kemalangan. 

Q : Hmmm. Betul tu. Saya setuju. Ok. Macam mana pula kalau yang berpenyakit? Masih boleh memohon takaful ke?

A : Harap maaf. Bagi sesiapa yg sudah disahkan menghidap salah satu 36 jenis penyakit kritikal, memang permohonannya akan gagal. 

Q : Ehhh. Kenapa pula?

A : Sebab itu saya selalu TEGASkan. Sediakan perlindungan takaful sewaktu kita masih sihat. Bila dah sakit, tiada satu pun syarikat takaful atau insurans akan luluskan permohonan. Itu memang syarat setiap company. Sebabnya org tersebut dah disahkan ada penyakit sebelum ada takaful. TAPI kalau dia disahkan ada penyakit walau selepas sehari permohonannya diluluskan, dia akan mendapat faedahnya iaitu segala bil hospital akan ditanggung oleh syarikat takaful. So, sediakan takaful sebelum disahkan ada penyakit kritikal.

Q : Ooo. Jadi kalau dia dah ada takaful, tak perlu bayar bil hospital dah la ye?

A : Yes. Betul. Tapi dgn syarat, plan takaful dia tu ada disertakan bersama medical card. So, dengan adanya medical card, tak perlu risau lagi kos perubatan. Segalanya akan ditanggung. Ohya, sekarang PruBSN ada melancarkan medical card baru. Yg paling best, ada full coverage sehingga RM 4 JUTA! 

Q : 4 JUTA? Biar betul? Tipulah. Mustahil. Takkan PruBSN kaya sgt dan baik hati gilerrr nak tanggung semua org smpai 4 JUTA?

A : Haaa. Tak percaya ke? Tolong lah percaya. Ini kenyataan. Hihi. Saya tak tipu. Sebab apa PruBSN boleh buat medical card sebanyak ini? Kami cuba menyediakan pakej terbaik utk pelanggan2 kami utk mendapat rawatan yg amat selesa. Malah kami menyediakan hospital swasta yg mempunyai suite room. Bukan itu je, pelbagai kemudahan juga disediakan sepanjang pelanggan mendapat rawatan di sana.

Q : Suite room? Macam duduk hotel la pulak. Menarik tu. Ok. Medical card ni boleh digunakan kat klinik tak? Jadi out patient ke!

A : No. Tak boleh. Medical card ini hanya boleh digunakan utk warded sahaja. Selain daripada tu, memang tak boleh guna. TAPI medical card ni ada cooling period yg bermaksud tempoh menunggu selama 90 hari dari tarikh permohonan anda diluluskan. 

Q : Lamanyaaaa 90 hari. Kenapa? Tak boleh guna ke kalau tak sampai 90 hari? Kalau tiba2 kemalangan atau sakit yg perlu warded?

A : Boleh, sekiranya anda ingin menggunakannya sebelum tamat tempoh menunggu ni, TAPI anda perlu dahulukan wang anda duit. Contohnya, kos rawatan anda sebanyak RM3000. So, anda perlu jelaskan dahulu bil ni dan kemudian baru lah anda boleh claim. Maknanya, anda terpaksa bersusah payah dulu keluarkan duit. Tapi jangan risau, anda takkan rugi sebab duit anda akan digantikan semula. 

Q : Fuuuhh. Lega saya. Ingat rugi la saya. Ada medical card, tapi tetap kena bayar bil hospital. Hehe.


Ok ok ok. Dah panjang sesi soal jawab ni. Nanti kita sambung pulak ye kat entry seterusnya. Terima kasih. Wassalam.

Monday, November 25, 2013

Kenapa Kita Wajib Ada Takaful? PART II


Assalamualaikum sahabat2 sekalian.

Ok. Utk entry kali ni, saya sambung pulak kenapa setiap org wajib ada perlindungan takaful. Kita semua mesti pernah dengar peribahasa, “malang tidak berbau”. Yes! Memang betul. Kalau malang tu ada bau, tentu kita boleh elak sebarang kemalangan terutama kemalangan di jalan raya. TAPI sayangnya memang malang tu kita tak boleh bau. Hehe. Betul tak? Sekarang cuba bayangkan satu hari anda dan keluarga merancang utk pergi melancong. Dengan menaiki kereta. Contohnya anda dari Kuala Lumpur. Nak bercuti di Penang. Lagi meriah pergi bercuti dengan kereta kan? Tengah berseronok dalam kereta menuju ke Penang, anda nampak ada sebuah kereta kat depan anda hilang kawalan dan terbabas. Anda tak sempat nak elak, dan buuummmmmm!! Anda terlanggar kereta tu. Nasib tak menyebelahi anda, anda cedera parah. Kaki anda patah dan tangan anda terputus sebab tersepit. Ngeri bukan? Tentu kita tak dapat bayangkan sekarang. Tapi semua ni tak mustahil berlaku suatu hari nanti. Kita tentunya akan berdoa dijauhkan malapetaka ni TAPI macam saya cakap, malang itu tidak berbau. Kalau ALLAH nak uji kita, macam2 cara boleh terjadi walau kita berhati2.

Gambar ehsan daripada Encik Google. 

Kita sambung lagi. Ahli keluarga anda selamat. Anda yg memandu je yg cedera parah. Anda dikejarkan ke hospital. Kaki anda patah, tangan pula terputus. Doctor cuba sedaya upaya utk selamatkan anda. Dengan kuasa ALLAH, anda dapat diselamatkan walaupun tangan putus dan kaki patah. Nak sembuh sepenuhnya memang ambil masa yg lama. So, anda tak boleh bekerja dan terpaksa berehat di rumah. Bayangkan kalau majikan anda terpaksa memecat anda. Atas alasan anda sudah cacat. Ya. Anda sudah CACAT. Sebab anda kehilangan anggota badan. Mahu ke syarikat tempat anda bekerja mahukan org yg sudah hilang upaya macam anda? Saya bukan menghina org kelainan upaya ni, TAPI ini adalah kenyataan. Bila terjadinya situasi ini, apa harus anda lakukan? Kat mana lagi anda nak bergantung harap? Belas ehsan org ramai? Macam entry saya sebelum ni, ada ke org nak bantu anda ketika susah? Boleh bilang dgn jari je. Tu nasib baik boleh bilang lagi. Kalau dah tak boleh bilang, macam mana? Apa anak2 dan isteri anda nak makan kalau punca pencarian sudah hilang? Pernahkah anda fikir perkara ni akan berlaku??

Inilah kelebihannya jika anda memiliki perlindungan takaful. Jika anda terlibat dgn sebarang kemalangan dan menyebabkan anda kehilangan anggota badan, macam situasi di atas, anda kehilangan tangan (putus), pihak PruBSN akan memberi pampasan kepada anda. Kalau anda memiliki medical card, segala kos perubatan anda akan ditanggung dan tambah pulak anda akan menerima wang pampasan daripada pihak kami. Sebagai contoh, anda memerlukan RM20,000 utk kos pembedahan. Kos itu akan dibayar oleh PruBSN. Kemudian, anda akan diberi RM100,000 wang pampasan. Saya selalu cakap kat client saya, jika anda dapat wang pampasan ni, gunalah dgn sebaiknya. Contohnya, wang ni boleh dijadikan sebagai modal utk anda berniaga. Mudah cerita, walaupun anda sudah diiktiraf sebagai orang kelainan upaya (OKU), anda masih mampu memberi nafkah kepada insan tersayang. Bukan tu je, anda juga akan diberi simpanan secara percuma setiap bulan.

InsyaALLAH, pihak PruBSN akan meringankan beban anda di kala anda ditimpa musibah. Cuma yg penting, buat masa sekarang, kami perlukan kesedaran daripada anda utk bersedia sebelum terlambat. Anda takkan rugi kalau memiliki perlindungan takaful sebab kita tak tahu apa yg bakal terjadi di masa hadapan kerana malang itu tidak berbau. So, kesimpulannya, cepat2 hubungi saya utk memiliki perlindungan takaful yg terbaik drpd PruBSN. Sayangilah insan tersayang. Jangan susahkan mereka di saat kita diuji oleh Yang Maha Esa. Nanti saya akan sambung PART III pulak ye. Terima kasih. Wassalam. 

Statistik kemalangan jalan raya di Malaysia. 

Sunday, November 24, 2013

Kenapa Kita Wajib Ada Takaful? PART I

Assalamualaikum sahabat2 sekalian.

Saya baru je create blog ni bagi memudahkan sahabat2 mendapat info tentang takaful. Sudahkah anda memilik perlindungan takaful? Kalau ya, tahniah saya ucapkan. Kalau belum, apa yg anda tunggu lagi? Saya sedia memberi khidmat sebagai konsultan takaful kepada anda.

Okay. Mula2 saya nak share dgn sahabat2 semua kenapa setiap org diwajibkan ada takaful? Saya guna term wajib sebab sekarang takaful ni dah jadi keperluan kepada semua org. Keperluan hidup setiap org. Mudah cerita, kalau tak ada takaful, susah hidup kita nanti. Kenapa saya cakap susah hidup kita nanti? Nanti saya explain dgn lebih details ye. 

Pertama sekali, pernahkan anda bayangkan kalau lah satu hari nanti, Allah uji anda dgn ujian yg besar. Sekarang anda sihat, kaya, bahagia di sisi keluarga. Tetiba anda jatuh sakit, kemudian anda ke hospital utk check punca anda sakit. Allah itu Maha Kuasa, doktor pun cakap mcm ni, "maaf encik, daripada keputusan yg pihak kami jalankan, encik telah disahkan menghidap kanser tahap 2". Hah. Ape perasaan anda masa tu? Terkejut? Nak menangis? Tak percaya? Mesti semua perasaan bercampur baur kan? Ape yg akn terjadi pada anda? Pada keluarga? Mana nak cari duit utk kos rawatan? Mampukah anda bekerja dgn sempurna bila dh tau ada penyakit kritikal ni? Saya pasti, saya jamin, anda hampir putus asa. Betul tak? Pernahkan anda terfikir semua ni? Kalau anda berasal dar keluarga kaya raya yg memang 7 keturunan takkan habis duit tu, saya ucapkan tahniah. Anda pasti tiada masalah kewangan utk menampung segala kos perubatan. TAPI persoalan saya sekarang, ramaikah yg bertuah mcm tu? Macam mana kalau anda tergolong daripada mereka yg taraf hidup sederhana? Mampukah anda membayar kos rawatan yg kian meningkat harganya saban tahun? Cuba anda fikir sejenak. 



Ok. Kalau anda ada sanak saudara atau rakan2 yg kaya raya tahap jutawan tu, anda fikir mahu ke mereka tanggung kos perubatan anda tu? Sangat2 mustahil. Kalau ada yg sudi, saya ucapkan tahniah sebab anda ada sahabat2 yg baik hati sudi memberi wang mereka utk anda. TAPI macam mana yg tak ada yg sudi? Ingatlah sahabat2 semua, kawan ketika gembira, berlambak2, bersepah. Sampai tak terlayan kita ni. Tapi kawan2 ketika kita susah, sakit, boleh bilang dgn jari je. Betul tak? Setuju dgn saya? 

Anda mahu ke situasi ni terjadi pada anda? Bagi yg dh ada medical card drpd takaful, mereka takkan gusar dan susah hati lagi. Sebab apa? Sebabnya segala kos perubatan mereka akan dibayar sepenuhnya oleh syarikat takaful. Anda tak percaya? Saya nak anda percaya. Ye. Betul. Dengan adanya medical card terutamanya drpd PruBSN, jika anda disahkan menghidap penyakit kritikal seperti situasi di atas, anda tak perlu risau lagi mcm mana nk bayar kos perubatan. Pihak kami akan tanggung segala kos tersebut. Malah utk lebih menyenangkan anda, kami akan turut bagi simpanan secara percuma setiap bulan. Menarik bukan? Sudahlah anda tak perlu fikirkan utk mencari wang utk kos perubatan, malah anda turut diberi simpanan dgn percuma setiap bulan. Inilah kelebihan yg ada jika anda memiliki medical card dan perlindungan takaful.



Sebab itu saya TEGASKAN, sesiapa yg belum memiliki perlindungan takaful, cepat2 la daftarkan diri anda. Tak susah. Hubungi je saya. Saya akan berikan plan terbaik utk anda. Harus diINGATkan, permohonan perlindungan takaful hanya boleh diluluskan ketika anda masih sihat. Sekali anda disahkan menghidap salah satu 36 JENIS PENYAKIT KRITIKAL, permohonan anda akan gagal. Waktu tu anda nak menyesal, tiada guna lagi. Apa tunggu lagi? Cepat2 hubungi saya. Anda masih belum terlambat. InsyaAllah. Saya akan sambung kenapa kita wajib ada takaful di entry yg seterusnya. Terima kasih. Wassalam.